Pelancaran Satelit | Teknologi terkini demi memudahkan manusia

2022-06-22 0

Pelancaran satelit Measat-3d dijangka memberi manfaat kepada tiga hingga lima peratus populasi atau kira-kira dua juta rakyat Malaysia yang masih belum mempunyai sambungan gentian atau jalur lebar tanpa wayar.

Melalui perkhidmatan Connectme Now, Measat akan menyediakan akses internet kepada masyarakat di lokasi yang tiada liputan 4g atau kesalinghubungan gentian.

Ini termasuk Kampung Pi-Nengah, Tongod, yang terletak lebih 190 kilometer atau tiga jam perjalanan dari bandar Sandakan, Sabah.

Hasil tinjauan Astro Awani, fasiliti satelit terpasang di beberapa kawasan utama termasuk sekolah, klinik kesihatan, dan rumah kediaman penduduk.

Wartawan kami, Nuzuluddin Abdul Razak, ada perkongsian dari lokasi.